Cari @ Amanz

Razer merupakan salah satu jenama yang agak popular dalam arena komputer riba, dan Razer Blade keluaran mereka sendiri dikatakan mempunyai penggunaan yang tinggi dikalangan penerbit muzik seluruh dunia. Kini, khusus untuk komuniti pemuzik, Razer mengumumkan sebuah portal baru dinamakan Razer Music.

Razer Music

Menurut Razer, Razer Music adalah platform digital yang memfokuskan kepada perkongsian tutorial, pendapat dan pandangan dalam penerbitan muzik.

Razer Music juga turut menawarkan halaman khusus untuk artis yang turut memperlihatkan muzik, biodata, dan tarikh untuk konsert atau acara mereka yang akan datang. Razer mengatakan Razer Music akan dikemaskini dengan pelbagai kandungan terkini dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd