Kemaskini Windows 10 Mobile Akan Ditawarkan Kepada Pengguna Lumia Sedia Ada Bermula Disember 2015

Kemaskini Windows 10 Mobile Akan Ditawarkan Kepada Pengguna Lumia Sedia Ada Bermula Disember 2015

Diterbitkan pada Okt 7, 2015 oleh .

Microsoft semalam telah memperkenalkan Lumia 950, Lumia 950 XL dan juga Lumia 550 – dimana kesemuanya hadir dengan sistem operasi terkini Microsoft, iaitu Windows 10 Mobile. Pengenalan peranti dengan sistem operasi berkenaan turut membuatkan ramai pengguna peranti Lumia sedia ada tertanya-tanya berkenaan bilakah peranti mereka akan menerima fungsi serupa.

Windows 10 Malaysia

Membalas pertanyaan tersebut di Facebook, pihak Microsoft mengatakan kemaskini Windows 10 Mobile akan mula ditawarkan bermula bulan Disember kelak.

Seperti sebelum ini, kemaskini Windows 10 Mobile akan diperkenalkan secara berperingkat, dan setiap peranti tidak akan menyertakan keseluruhan fungsi Windows 10 Mobile – terutamanya peranti berspesifikasi rendah.


TIPS & ULASAN