Google Mengumumkan Project AMP Dalam Usaha Menjadikan Pelayaran Web Lebih Pantas Pada Peranti Mudah-Alih

Google Mengumumkan Project AMP Dalam Usaha Menjadikan Pelayaran Web Lebih Pantas Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Melayari web dengan perlahan pada peranti mudah-alih merupakan salah satu perkara yang tidak disukai ramai. Dalam usaha untuk mengatasinya, kini Google mengumumkan sebuah projek baru yang dinamakan sebagai Project AMP (Accelerated Mobile Pages).

Google AMPMelalui projek sumber terbuka ini, Google ingin membolehkan pengguna mengakses web pada peranti mudah-alih dengan pantas tanpa perlu menunggu masa yang lama. Google sendiri bekerjasama dengan sejumlah penerbit dan syarikat teknologi dalam menjayakannya, termasuk Twitter, WordPress, Pinterest, LinkedIn dan sebagainya.

Menggunakan framework Project AMP ini, ia menawarkan laman web yang bersaiz ringan tetapi pada masa yang sama membolehkan pengguna menikmati kandungan web seperti sedia ada. Google mengatakan selain menawarkan framework untuk web yang ringan, Google turut menggunakan kaedah pengedaran kandungan ke seluruh dunia melalui penggunaan cache Google yang sangat efisyen. Google mengatakan mereka menawarkan akses kepada pelayan cache mereka untuk digunakan secara percuma oleh pengguna seluruh dunia.

Bagi anda yang merupakan penerbit web atau membangunkan web, anda boleh merujuk kepada kod sumber terbuka Project AMP ini dalam usaha menjadikan web anda lebih pantas serta mudah dilayari pada peranti mudah-alih.

Layari : Project AMP untuk GitHub


TIPS & ULASAN