Kini, Pengguna Boleh Membuat Salinan Chat, Video Dan Gambar Di WhatsApp Ke Google Drive

Kini, Pengguna Boleh Membuat Salinan Chat, Video Dan Gambar Di WhatsApp Ke Google Drive

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Pihak WhatsApp telah menguji fungsi membuat salinan pendua data berkaitan chat, video dan gambar terus ke Google Drive sebelum-sebelum ini. Hari ini, mereka bersama-sama Google secara rasminya mengumumkan sokongan ini yang akan hadir kepada pengguna Android dalam masa minggu-minggu akan datang.

WhatsApp Android

Melalui sokongan ini, pengguna boleh membuat pilihan untuk membuat salinan pendua daripada WhatsApp terus ke Google Drive – dimana ia meliputi sejarah chat, mesej audio, gambar dan juga video. Pengguna juga turut boleh restore segalanya pada peranti baru daripada Google Drive dengan mudah.

Fungsi ini boleh dikatakan antara salah satu fungsi yang dinantikan ramai, memandangkan fungsi membuat salinan pendua sedia ada tidak begitu diminati pengguna, terutamanya jika anda sering beralih peranti.

Google melalui perkongsian di blog mereka, mengatakan fungsi membuat salinan pendua ke Google Drive ini akan hadir kepada pengguna WhatsApp di Android secara berperingkat bermula hari ini.

WhatsApp Google Drive

Muat-Turun WhatsApp untuk Android


TIPS & ULASAN