iPutin – iPhone Untuk Penyokong Tegar Vladimir Putin

iPutin – iPhone Untuk Penyokong Tegar Vladimir Putin

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Personaliti kultus ialah perkara normal di negara sosialis dan fasis.  Pemimpin seperti Putin, Nazarbayev, Robert Mugabe, Kim Jong Un dan Ramzan Kadyrov mempunyai personaliti kultus yang kuat di negara mereka. Penyokong pemimpin-pemimpin dunia ia mempunyai penyokong yang fanatik yang sanggup berkorban untuk mereka. Pihak yang berani tidak bersetuju dengan mereka pula akan dilabel sebagai pengkhianat dan juga agen kerajaan asing. Kecintaan terhadap pemimpin menjurus kepada penghasilan produk dengan wajah pemimpin tertera secara besar-besaran seperti kemeja-t dan poster.

Putinphone-1

Di Russia, penyokong tegar Presiden Vladimir Putin boleh membeli Caviar Ti Gold Supremo Putin Anniversario Edizione 63. Ianya sebuah Apple iPhone 6S yang diubah suai untuk memaparkan wajah Putin pada panel belakang yang ditempa daripada emas. Tubuh “iPutin” ini diperbuat daripada titanium bagi melambangkan ketegasan dan kekuatan jati diri Putin menentang musuh-musuh beliau. Bahan asal aluminium iPhone dilihat tidak cukup sesuai digunakan. Selain wajah Putih, jata negara dan beberapa rangkap lirik lagu kebangsaan Russia turut diukir pada bahagian belakang peranti. Hanya 63 Caviar Ti Gold Supremo Putin Anniversario Edizione 63 akan dihasilkan sempena hari ulang tahun Putih. Harga jualan bermula dari RUB 199000 (RM 13265) untuk versi 32 Gigabyte.

Sekiranya anda ingin melengkapkan koleksi pemujaan Putin anda, Apple Watch edisi Putin juga dihasilkan oleh Caviar dan djual pada harga RUB 229000 ( RM 15264) seutas. Ianya juga terhad kepada 63 unit sahaja. Kami terasa bersyukur kerana tahap kefanatikan penyokong tegar individu tertentu di Malaysia masih belum mencecah tahap melampau seperti yang ada di Russia.

Putinphone-2 Putinwatch


TIPS & ULASAN