Sony Mencari 10000 Pengguna Xperia Untuk Menguji Android Marshmallow

Sony Mencari 10000 Pengguna Xperia Untuk Menguji Android Marshmallow

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Dua hari yang lalu Sony mengeluarkan senarai peranti Xperia yang akan menerima kemas kini Android Marshmallow. Tiada tarikh diberikan oleh mereka bilakah kemas kini kini akan mula diberikan. Hari ini Sony secara rasmi mencari 10 000 pengguna untuk menyertai program ujian Android Marshmallow mereka. Untuk melayakkan diri untuk menyertai program ini anda perlu memiliki peranti Xperia Z3 ataupun Xperia Z3 Compact. Anda juga harus tinggal di dalam negara Sweden, Denmark, Norway, Finland, Iceland, Estonia, Latvia, Lithuania, UK, Ireland dan Jerman.

SonyXperia-Marshmallow

Peserta program ini akan meneruskan ujian yang dijalankan oleh program Sony Android Concept yang terhad kepada pengguna Z3 Sweden sebelum ini. Beberapa fungsi baru yang akan dicuba terlebih dahulu oleh peserta program ujian Android Marshmallow. Kepada pembaca Amanz yang memenuhi dua syarat di atas. Anda perlu memuat turun aplikasi khas untuk menempah tempat yang terhad. Pautan kepada aplikasi ini boleh dimuat turun dari laman rasmi Sony Mobile di bawah.


TIPS & ULASAN