CableRobot – Penyelaku Pergerakan Untuk Peranti Realiti-Maya

CableRobot – Penyelaku Pergerakan Untuk Peranti Realiti-Maya

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Oculus Rift dan Samsung Gear VR adalah dua peranti realiti-maya yang sering diperlihatkan di media arus perdana. Penggunaan peranti realiti-maya diharap membuka dimensi baru dalam penghasilan permainan komputer dan juga filem. Ia telahpun digunakan untuk mempromosikan filem seperti Star Wars the Force Awaken dan Warcraft. OnePlus pula menggunakannya untuk melancarkan OnePlus 2 tempohari. Di masa hadapan ia dijangka digunakan untuk melatih pekerja dan juga melakukan pembedahan dari jarak jauh.

 

Peranti realiti-maya mungkin boleh memberikan ilusi anda berada di dunia maya. Tetapi tubuh manusia tidak boleh ditipu sepenuhnya sekiranya kesemua deria tidak dirangsang. CableRobot ialah penyelaku pergerakan untuk peranti realiti-maya yang dihasilkan oleh Fraunhofer Institute for Manufacturing Engineering and Automation di Jerman. Ia mampu menghasilkan pergerakan pada 6 paksi dengan daya graviti sehingga 1.5G. Ia terdiri daripada sebuah bingkai gentian karbon berdiameter 2.5 meter seberat 80 kilogram yang dipasangkan kepada 8 utas rantai besi. Sistem ini kemudian disambungkan kepada motor elektrik dengan kuasa 348 kW. Dengan CableRobot peranti realiti-maya bukan sahaja dapat menipu deria pendengaran dan penglihatan turut malah menipu deria perimbangan dan pemecutan. Ini sekaligus menjadikan realiti-maya semakin hampir kepada dunia sebenar.

 


TIPS & ULASAN