CAT S40 – Telefon Android Tahan Lasak Terkini Dari Caterpillar

CAT S40 – Telefon Android Tahan Lasak Terkini Dari Caterpillar

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Telefon tahan lasak adalah keperluan bagi pekerja di dalam industri pembinaan. Caterpillar ialah syarikat pengeluar kenderaan pembinaan yang turut mengeluarkan peranti pintar mereka sendiri. CAT S40 ialah telefon pintar Android Lollipop terkini dari mereka. Peranti ini mampu menahan hentakan ke permukaan konkrit dari ketinggian 1.8 meter, kalis air IP68, tahan kepanasan sehingga 55 darjah Celsius dan tahan beku sehingga -25 darjah Celsius.

Cat-S40-1

Ia mempunyai skrin 4.7″ LCD qHD Gorilla Glass 4, pemproses 1.1 GHz empat teras Snapdragon 201, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 2 Megapixel. Bateri pula adalah sebesar 3000 mAh. Sungguhpun ia adalah sebuah peranti kelas permulaan, CAT S40 dijual pada harga £350 (RM 2263) sebuah. Rasanya membeli sebuah telefon tahan lasak pada harga premium adalah lebih berbaloi dari membeli sebuah peranti biasa yang mudah rosak.

 

Cat-S40-2

 

 


TIPS & ULASAN