Singapura Menguji Penghantaran Pos Menggunakan Dron

Singapura Menguji Penghantaran Pos Menggunakan Dron

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Beberapa bulan sebelum ini, kita telah melihat Amazon memperlihatkan konsep untuk menghantar barangan menggunakan dron. Kini, jiran kita, Singapura turut menguji perkara sama, dimana SingPost menguji penghantaran pos dan barangan menggunakan dron.

SingPost Dron

Melalui ujian yang dilakukan, SingPost telah menghantar pakej yang mengandungi surat dan juga t-shirt pada jarak sekitar 2 kilometer dan mengambil masa penghantaran sekitar 5 minit. Ujian ini dilakukan antara Lorong Halus dan juga Pulau Ubin.

SingPost mengujinya dengan membuat penghantaran menggunakan dron antara kawasan – dimana ia dibuat antara pejabat pos, dan seterusnya ia dihantar secara manual seperti biasa. Sebuah aplikasi khusus turut digunakan untuk memastikan penghantaran berlaku dengan lancar.

Dengan perkembangan ini, mungkin kita akan melihat ia terus diuji dan ditambah-baik – apatah lagi dengan arena e-dagang yang terus berkembang pesat di rantau ini.


TIPS & ULASAN