Cari @ Amanz

Dengan S6 Edge, Samsung menghasilkan peranti dengan dua skrin sisi pertama di dunia. Skrin sisi yang digunakan ini pada hemat kami membuatkan S6 Edge kelihatan cantik namun dari segi fungsi tambahan ianya masih kelihatan seperti gimik. Ini tidak menghalang mereka dari memfailkan paten skrin melengkung di bahagian bawah peranti pula.

Samsung-Skrin-Melengkung-Bawah-2

Dengan skrin melengkung pada bahagian bawah, pengguna boleh melihat notifikasi walaupun ketika peranti disimpan di dalam poket baju misalnya. Ini adalah sama seperti rekaan sebuah kelui. Seperti biasa paten ini mungkin hanya difailkan sebagai konsep masa hadapan dan belum bersedia untuk kegunaan peranti dalam jangka masa terdekat. Tetapi harus kami akui skrin melengkung pada bahagian bawah lebih praktikal berbanding dwi skrin sisi sekarang. Ia juga bermakna Samsung mungkin tidak akan menggunakan lagi butang navigasi kapasitif dan butang home fizikal di masa hadapan. Apakah pendapat anda mengenai paten ini? Adakah ia sebuah lagi inovasi menarik yang perlu digunakan dalam masa terdekat?

Samsung-Skrin-Melengkung-Bawah-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd