Atom – Power Bank Dengan Palam Tiga Pin Untuk Semua Barangan Elektrik

Atom – Power Bank Dengan Palam Tiga Pin Untuk Semua Barangan Elektrik

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Power bank untuk peranti pintar kini adalah aksesori yang wajib dimiliki. Mempunyai sekurang-kurangnya satu power bank adalah perlu bagi memastikan peranti tidak akan kehabisan bateri di saat-saat kritikal. Ianya sangatlah penting sehingga ia menjadi barang yang disyorkan untuk disimpan ketika banjir melanda negara tahun lalu. Tetapi masalah utama power bank ialah ia hanya boleh digunakan untuk mengecas peranti yang menggunakan kabel USB. Bagaimana pula sekiranya anda mahu mengecas komputer riba, memasang radio ataupun monitor komputer? Adakah power bank untuk barangan elektrik ini?

ATom-power-bank-1

Jawapannya ialah Atom. Ianya sebuah power bank dengan palam elektrik tiga pin terbina. Dengan ini kesemua alat elektrik yang mendapat sumber kuasa dari palam elektrik boleh menggunakannya. Atom mempunyai bateri sebesar 30000 mAh. Palam tiga pin yang adalah dari jenis universal yang boleh digunakan oleh palam elektrik dari semua benua dunia. Menarik sekali power bank ini dilengkapi sistem pengecasan pantas dan boleh dicas sepenuhnya dalam masa hanya 90 minit. Bahagian bateri Atom boleh ditanggalkan dan bateri yang sudah ternyahcas boleh digantikan dengan bateri baru dengan pantas. Saiznya yang kompak dan hanya sebesar 1.05 kilogram membuatkannya mudah dibawa kemana-mana.

Menurut pereka Atom, power bank mereka boleh mengecas sebuah laptop sebanyak dua kali, membekalkan kuasa kepada sebuah monitor komputer selama empat jam dan sebuah radio selama tujuh jam. Sebuah Atom dengan satu bateri dijual pada harga $170 manakala versi dua bateri pula pada harga $225. Kepada individu yang sering keluar dan sukar mencari palam kuasa seperti kami, ini ialah power bank yang benar-benar diperlukan.

ATom-power-bank-2


TIPS & ULASAN