Cari @ Amanz

Sony-Xperia-LogoPerniagaan peranti mudah alih Sony mengalami kerugian mencecah 60 Billion Yen tahun lalu.Jualan peranti Xperia gagal menyaingi jualan peranti pengeluar lain dengan pegangan hanya sekitar 17.5% peratus di Jepun dan 1% di Amerika Utara. Kerugian yang dialami adalah mengejutkan kerana peranti-peranti pintar Xperia adalah antara yang mempunyai kualiti binaan yang baik serta kemampuan optik yang tinggi. Masa depan perniagaan peranti mudah alih nampak sedikit goyah dengan laporan ianya mungkin akan dijual sekiranya terus mengalami kerugian pada tahun hadapan. CEO Sony Kazuo Harai hari ini dipetik berkata;

“Kami akan meneruskan perniagaan ini selagi kita berada di landasan yang betul dengan senario pulang modal tahun depan. Sekiranya tidak tidak, kami tidak menolak mempertimbangkan pilihan alternatif.”

Pilihan alternatif ini mungkin membabitkan penjualannya seperti yang berlaku kepada perniagaan komputer Sony di bawah jenama VAIO tahun lalu. Berita baik di sini ialah perniagaan peranti mudah alih Sony mula melihatkan tanda-tanda akan mencatatkan keuntungan selepas mengambil beberapa langkah pengurangan kos. Diharap Sony dapat mengekalkan perniagaan peranti mudah alih mereka kerana sekiranya ianya dijual ia akan menjadi berita yang menyedihkan. Sony dan Nokia adalah dua nama besar arena peranti mudah alih yang mengalami kejatuhan yang mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang dikatakan oleh Kazuo Hirai sama seperti apa yang dikatakan oleh John Chen, CEO Blackberry yang turut akan menghentikan jualan peranti mudah alih sekiranya ia terus mengalami kerugian.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd