Carian
Dell Memperkenalkan XPS 12 Dengan Rekaan Hibrid Seumpama Surface
October 8, 2015 Aman

Sebulan dua ini, beberapa peranti dengan rekaan seumpama Surface telah diperkenalkan, termasuk antaranya iPad Pro, Google Pixel C, dan juga HP Spectre x2. Pihak Dell turut tidak ketinggalan, dan hari ini telah memperkenalkan Dell XPS 12 generasi baru yang hadir dengan rekaan 2-dalam-1.

Dell XPS 12

Melalui rekaan 2-dalam-1 seumpama Surface, ia membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai tablet, atau mengabungkan ia kepada papan kekunci dan menggunakannya sebagai papan kekunci. Dell XPS 12 menggunakan skrin bersaiz 12.5-inci dengan paparan yang menyokong sehingga resolusi 4K.

Komputer riba hibrid ini menggunakan cip pemprsesan Core M5 berasaskan Skylake, dan memori sehingga 8GB RAM. Pengguna turut diberikan pilihan storan sama ada 128GB atau 256GB berasaskan kepada SSD. Dell XPS 12 turut menyokong input berasaskan kepada USB Type-C, dan dua port disediakan – dimana satu lagi adalah untuk tujuan pengecasan peranti.

Beberapa pengguna yang telah mencuba Dell XPS 12 ini mengatakan ia membawakan rekaan papan kekunci yang sangat baik dan selesa di tangan. Papan kekunci ini hadir dengan rekaan pemegang tersendiri pada bahagian penghujung untuk pengguna meletakkan bahagian tablet supaya ia boleh berdiri tanpa perlukan kickstand.

Dell XPS 12 ini akan dijual di Amerika Syarikat bermula penghujung tahun ini pada harga bermula $999 (~RM4221) untuk model asas dengan paparan 1080p.

Komen