Cari @ Amanz

Dell telah mencuri perhatian ramai pengguna pada tahun ini dengan memperkenalkan Dell XPS 13. Lanjutan daripadanya, dengan permintaan yang tinggi, mereka turut memperlihatkan secara ringkas Dell XPS 15 ketika Computex bulan Jun lepas, dan hari ini Dell secara rasminya memperkenalkan peranti berkenaan.

Dell XPS 15

Dell XPS 15 merupakan komputer riba berkuasa tinggi daripada Dell, hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6. Mencuri perhatian ramai pada rekaan Dell XPS 15 ini adalah skrinnya, yang mana membawakan skrin bersai 15-inci, dan dengan penggunaan InfinityEdge, ia membawakan rekaan bezel yang sangat nipis, sekaligus menjadikan komputer riba itu bersaiz sekitar 14-inci.

Dari segi spesifikasi, Dell kini menyertakan sokongan memori sehingga 16GB, dan ruangan storan pilihan sehingga 1TB PCIe SSD. Dell XPS 15 juga hadir dengan pilihan paparan 4K – sesuai untuk mereka yang bekerja dalam bidang multimedia.

Dell XPS 15 ini juga kini hadir dengan penyambung berasaskan USB Type-C, selain pelbagai port lain seperti USB dan juga pembaca kad mikro-SD. Seperti XPS 13 sebelum ini, Dell XPS 15 turut memposisikan kedudukan webcam pada bahagian bawah skrin.

Dell XPS 15 akan ditawarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini pada harga bermula $999 (~RM4221 ) – yang mana membawakan cip Core i3, skrin 1080p tanpa sentuh dan storan 500GB HDD.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd