Adidas Memperlihatkan Konsep Kasut Yang Boleh Dicetak Menggunakan Percetakkan 3D

Adidas Memperlihatkan Konsep Kasut Yang Boleh Dicetak Menggunakan Percetakkan 3D

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Percetakkan 3D telah memudahkan proses menghasilkan beberapa perkara, termasuk turut dikaji dalam arena perubatan dan sains untuk percetakkan organ dan sebagainya. Kini, salah satu konsep prototaip terkini yang diperlihatkan adalah oleh Adidas, dimana mereka memperlihatkan Futurecraft 3D.

Adidas Futurecraft 3D

Adidas Futurecraft 3D merupakan kasut yang dicetak secara 3D menggunakan bahan khas, yang mana memberikan keselesaan pada kaki pengguna.

Adidas mengatakan menggunakan teknologi ini, pengguna boleh ke kedai konsep Adidas, membuat larian percubaan pada treadmill, dan seterusnya menerima kasut yang dikhususkan untuk kaki anda melalui percetakkan 3D ini.

Memandangkan ia dikhususkan untuk kaki setiap pengguna, maka setiap kasut yang dihasilkan adalah peribadi untuk setiap pengguna – dan berbeza daripada satu kasut ke kasut yang lain.

Buat masa ini ia masih lagi pada peringkat konsep, tetapi tidak mustahil untuk dijayakan pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN