Apple iPhone 6S Berharga Bermula RM3199, iPhone 6S Plus Bermula RM3699

Apple iPhone 6S Berharga Bermula RM3199, iPhone 6S Plus Bermula RM3699

Diterbitkan pada Okt 8, 2015 oleh .

Digi hari ini secara rasminya telah pun mengeluarkan harga jualan rasmi untuk telefon pintar Apple generasi baru, iaitu iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus.

iPhone 6S merupakan telefon pintar berskrin 4.7-inci, sementara iPhone 6S Plus pula membawakan skrin bersaiz 5.5-inci. Kedua-duanya dilengkapi cip pemprosesan yang serupa, dan membawakan sokongan Force Touch – atau dipanggil Apple sebagai sokongan 3D Touch.

iPhone 6S

Apple iPhone 6S
iPhone 6S 16GB RM3199
iPhone 6S 64GB RM3699
iPhone 6S 128GB RM4199
Apple iPhone 6S Plus
iPhone 6S Plus 16GB RM3699
iPhone 6S Plus 64GB RM4199
iPhone 6S Plus 128GB RM4699

Kedua-dua model juga turut membawakan kamera 12-megapixel iSight, dan kamera hadapan 5-megapixel. Apple turut menawarkan sokongan rakaman 4K, dan model iPhone 6S Plus turut menyertakan sokongan OIS pada bahagian kamera belakangnya. Disamping itu, kedua-dua telefon pintar turut menyertakan pengimbas cap jari, selain dijana menggunakan sistem operasi iOS9.

Di Malaysia, iPhone 6S akan dijual pada harga bermula RM3199 untuk model 16GB, RM3699 untuk 64GB dan RM4199 untuk 128GB.

Untuk model iPhone 6S Plus pula ia bermula RM3699 untuk 16GB, RM4199 untuk 64GB dan RM4699 untuk 128GB.

Kedua-dua model akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan melalui pakej mereka, disamping ia turut akan dijual oleh pengedar rasmi Apple bermula 16 Oktober ini.

iPhone 6S

Kemaskini 12.00pagi : Artikel dikemaskini menggunakan harga RRP daripada pihak Maxis yang dilihat murah RM100 berbanding harga yang dipaparkan oleh Digi pada awalnya.

Kemaskini 10.00pagi : Apple telah mengeluarkan harga rasmi yang mana dilihat menyerupai harga asal, bermula RM3199 untuk iPhone 6s dan RM3699 untuk iPhone 6S Plus.


TIPS & ULASAN