Adobe Menawarkan Lightroom Untuk iOS Secara Percuma – Tidak Lagi Memerlukan Langganan Creative Cloud

Diterbitkan pada Okt 9, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe hari ini mengemaskini aplikasi Lightroom untuk iPad dan juga iPhone, dimana kini ia ditawarkan secara percuma seperti sebelum ini, tetapi tidak lagi memerlukan sebarang langganan untuk Creative Cloud seperti sebelumnya.

Adobe LightroomSebelum ini, aplikasi Lightroom ditawarkan secara percuma juga, tetapi memerlukan langganan berbayar untuk Creative Cloud, dan jika sebaliknya pengguna hanya boleh menggunakan ia untuk 30 hari sahaja.

Melalui Adobe Lightroom untuk iPad dan iPhone, ia membolehkan pengguna untuk membuat penyuntingan, serta menjadikan gambar yang dirakamkan lebih cantik berbanding kebiasaan.

Bagi anda yang menggunakan iPad atau iPhone, anda boleh memuat-turun Adobe Lightroom hari ini secara percuma, dan menggunakannya dalam membuat penyuntingan gambar anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami