Zuckerberg Memperlihatkan Facebook Reactions Yang Membawa Fungsi Tambahan Pada Butang Like

Zuckerberg Memperlihatkan Facebook Reactions Yang Membawa Fungsi Tambahan Pada Butang Like

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman fungsi Facebook Reactions yang terhad kepada dua buah negara buat masa ini, Mark Zuckerberg, pengasas Facebook turut mempertontonkan fungsi berkenaan melalui halaman Facebook beliau – sekaligus memberikan idea bagaimanakah ia akan berfungsi kelak.

Facebook Reactions

Melalui apa yang dipertontonkan oleh Mark Zuckerberg pada Facebook di Android, pengguna boleh menekan butang Like, dan seterusnya memilih ekspresi yang ingin disampaikan.

Sebagai contoh, jika anda menyukai perkongsian berkenaan, anda boleh memilih pilihan Like atau Love, dan sekiranya anda bersedih dengan perkongsian berkenaan, anda boleh memilih emoji sedih.

Mark mengatakan bukan semua detik digemari pengguna, malah ramai yang meminta mereka menambah fungsi “Dislike”. Kini, dalam memudahkan pengguna menyampaikan ekspresi dan pandangan mereka, beberapa penawaran emoji disediakan.

Untuk mengakses ke fungsi emoji Facebook Reactions ini, pengguna akan dikehendaki menekan butang Like untuk seketika, dan kemudian sebuah pop-up akan muncul untuk pengguna memilihnya. Seterusnya, data berkaitan pilihan berkenaan turut akan dipaparkan – membolehkan apa pandangan pengguna lain berkenaan dengan sesuatu perkongsian tersebut.

Buat masa ini, fungsi ini hanya diuji di Ireland dan Sepanyol. Zuckerberg mengatakan Facebook akan menguji ia dan menambah-baik fungsi berkenaan berdasarkan kepada maklumbalas sebelum ia diperkenalkan kepada semua.

Today we're launching a test of Reactions — a more expressive Like button. The Like button has been a part of…

Posted by Mark Zuckerberg on Thursday, October 8, 2015


TIPS & ULASAN