Cari @ Amanz

Beberapa jam lepas, kita telah membaca berkenaan dengan pihak Sony yang mengatakan mereka mungkin menjual bahagian peranti jika terus mengalami kerugian. Kini, CEO BlackBerry, John Chen turut melihat kepada perkara sama jika syarikat BlackBerry masih tidak membuat keuntungan pada bahagian peranti pada tahun hadapan.

Jika mereka menjual atau menutup bahagian peranti mudah-alih ini, maka kita akan melihat BlackBerry memfokuskan sepenuhnya kepada BlackBerry Enterprise yang mana menawarkan penambahan sekuriti kepada perusahaan. BlackBerry sendiri telah membawa sokongan sekuriti tambahan mereka kepada Android dan iOS sebelum ini.

Blackberry Priv

Walaubagaimanapun, seperti biasa, mereka masih belum berputus asa, dan dalam fasa untuk memperkenalkan peranti BlackBerry Priv berasaskan Android.

Telefon pintar ini akan dijual dalam beberapa bulan lagi, dimana selain dijana menggunakan sistem operasi Android, ia juga turut membawa papan kekunci fizikal yang boleh diluncurkan serta digunakan sebagai trackpad. Penawaran peranti ini membawakan sedikit keunikkan kepada pasaran peranti pada masa kini – terutamanya dalam kalangan peranti Android.

Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti Android daripada Blackberry ini akan berjaya ataupun tidak. Tetapi, berdasarkan kepada pelbagai perbualan di arena sosial, ramai yang menantikan telefon pintar Android daripada BlackBerry ini.

Pada masa sama, selain platform Android, BlackBerry 10 juga akan dikemaskini, dimana dua lagi versi kemaskini telah dijadualkan buat masa ini, dengan kemaskini pertama dijangka ditawarkan bermula Mac 2016.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd