HP Envy Curved – AIO Skrin Melengkung Ultra Lebar Pertama Dunia
Artikel Berkaitan

HP Envy Curved – AIO Skrin Melengkung Ultra Lebar Pertama Dunia

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Skrin ultra lebar dengan nisbah 21:9 masih lagi setahun jagung di pasaran. Hanya beberapa pengeluar menghasilkan monitor ultra lebar melengkung. Antara yang sudah memasuki pasaran Malaysia ialah Acer XR341C yang kami ulas bulan lalu. Kini HP maju setapak lagi dari pesaing dengan menghasilkan AIO pertama dengan skrin ultra lebar melengkung.

envyAio2_galleryImg_zoom-2

HP Envy Curved ialah AIO dengan skrin 34″ beresolusi 3440×1440 pixel. Ia diperkasakan pemproses Intel Skylake, RAM sebesar 16 Gigabyte, storan dalaman sehingga 2 Terabyte dan kad grafik Nvidia Gefore 960A. Sistem audio Bang & Olufsen digunakan dan juga sistem kamera Intel RealSense . AIO ultra lebar ini dijual pda harga bermula dari $1800 sebuah. Adakah skrin melengkung ultra lebar bakal menjadi popular di masa hadapan? Dari pengelaman peribadi kami masih merasakan ianya adalah gimik. Tetapi jika anda mahukan kelainan HP Envy Curved ialah AIO yang pasti ingin anda miliki.

HP-Envy-Curved-2

 


TIPS & ULASAN