Carian
L16 – Kamera Kompak Yang Mempunyai 16 Lensa Berbeza
October 9, 2015 Effi Saharudin

Kamera kompak tidak mempunyai kemampuan lensa ditukar seperti sebuah DSLR. Ini menghadkan kualiti gambar yang boleh diambil menggunakan kamera seperti ini. Light L16 ialah sebuah kamera kompak yang cuba mencabar kamera DSLR dengan menggunakan 16 lensa pada bahagian hadapan. Ini menurut pengeluar L16 memberikan kemampuan seakan mempunyai lensa boleh ditukar sebuah DSLR. Lensa adalah sebesar 35-150 mm dan mempunyai pemfokusan optikal.

Light-L16-2

Apabila gambar diambil 10 lensa akan berfungsi secara serentak. Gambar yang diambil kemudian boleh disambung menjadi sebuah gambar beresolusi tinggi sehingga 52 Megapixel. Seperti fungsi Camera Duo pada HTC One M8, gambar yang diambil ini kemudian boleh disunting untuk melakukan pemfokusan semula. Dari segi kemampuan video pula ia boleh mengambil video pada resolusi 4K. Kesemua fungsi kamera dikawal melalui skrin sesentuh 5″ pada bahagian belakang L16.Kamera unik ini boleh anda miliki dengan harga $1699 (RM 7038) sebuah.

Light-L16-3

Light-L16-1

Komen