Twitter telah memperkenalkan sokongan video pada platform mereka sebelum ini, tetapi memerlukan pengguna memuat-naik video melalui aplikasi mudah-alih mereka. Hari ini, Twitter memperluaskan sokongan tersebut, dan turut membolehkan pengguna memuat-naik video melalui web.
Pengguna kini boleh boleh menambah video pada akaun mereka, dengan memilih memuat-naik media. Twitter menyokong sejumlah besar format video, dan akan diberikan notifikasi jika format yang ingin dimuat-naik tidak disokong mereka.
Twitter mengehadkan saiz video kepada 512MB, dan sekiranya video yang ingin dimuat-naik anda itu bersaiz melangkaui 30 saat, maka sebuah tetingkap penyuntingan akan diperlihatkan untuk membolehkan anda menyunting bahagian yang ingin dimuat-naik.
Bagi anda yang menggunakan Twitter, anda boleh mencuba fungsi ini hari ini dengan memuat-naik video daripada desktop melalui Twitter.com.