Adobe Monument Mode Memadam Manusia Dari Gambar Yang Diambil

Adobe Monument Mode Memadam Manusia Dari Gambar Yang Diambil

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .


Jika anda pergi melancong anda pasti biasa dengan masalah gambar anda dirosakkan oleh kehadiran orang ramai di latar belakang. Kerap kali anda mahu mengambil gambar pemandangan sahaja tetapi ini hampir mustahil di kawasan yang popular dengan pelancong. Adobe kini mempunyai aplikasi yang dapat menyelesaikan masalah ini. Monument Mode ialah fungsi pada kamera peranti pintar yang memadam kehadiran manusia di dalam gambar yang diambil.

Demo Monument Mode diperlihatkan pada sebuah peranti Android ketika acara Android Max yang berlangsung rabu yang lalu. Mod ini memang menarik dan menyunting gambar bebas manusia secara automatik. Kekurangan yang jelas ialah ia memerlukan anda menggunakan tripod ketika gambar diambil. Tidak diketahui bilakah Monument Mode ini akan dihasilkan sebagai aplikasi kamera sebenar oleh Adobe.


TIPS & ULASAN