Carian
Asus Malaysia Mengumumkan Dua Lagi Variasi Zenfone 2 Laser – Bersaiz 5-inci Dan 6-inci
October 9, 2015 Aman

Asus telah menawarkan Zenfone 2 Laser untuk pasaran Malaysia sejak daripada awal bulan September 2015 yang lepas melalui kedai atas-talian mereka. Hari ini, mereka mengumumkan dua lagi variasi telefon pintar dibawah keluarga sama – iaitu bersaiz 5-inci dan juga 6-inci.

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Sebelum ini, Asus Malaysia telah menawarkan Zenfone 2 Laser bersaiz 5.5-inci, sekaligus kini menjadikan kini terdapat tiga variasi Zenfone 2 Laser – masing-masing 5-inci, 5.5-inci dan juga 6-inci.

Zenfone 2 Laser membawakan rekaan ikonik daripada Asus, dimana hadir dengan rekaan yang nipis dan selesa ditangan. Ia turut membawakan rekaan speaker pada bahagian belakang, dan butang kawalan audio yang diposisikan pada bahagian belakang dibawah kamera.

Asus Zenfone 2 Laser

DSC_0918

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Skrin hadapannya membawakan paparan yang terang dan dilindungi menggunakan Corning Gorilla Glass 4. Asus mengatakan mereka menggunakan teknologi Asus Splendid yang membolehkan pengguna mengawal warna paparan pada skrin. Dari segi paparan versi 6-inci membawakan paparan HD penuh, berbanding versi lain yang hanya membawakan paparan pada resolusi HD sahaja.

Asus turut menekankan kebolehan untuk merakamkan gambar dengan pantas dan pada keadaan cahaya rendah melalui telefon pintar ini – dimana melalui beberapa contoh yang dipertontonkan, ia lebih cantik daripada rakaman menggunakan iPhone 6 Plus, hasil penggunaan teknologi PixelMaster 2.0. Bagi mereka yang inginkan sokongan rakaman manual, ia turut disertakan pada Asus Zenfone 2 Laser.

Ketiga-tiga variasi Asus Zenfone 2 Laser membawakan sokongan dwi-SIM 4G LTE, dimana kedua-dua SIM menyokong rangkaian 4G LTE. Bercakap mengenai sokongan GPS, mereka mengatakan menyokong tiga-tiga teknologi navigasi satelit popular, termasuk GPS< Glonass dan BDS. Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Asus Zenfone 2 Laser

Ketiga-tiga telefon pintar turut membawakan bateri berkapasiti 3000mAh. Versi Zenfone 2 Laser 6-inci membawkaan sokongan pengecasan pantas bersama-sama dengannya.

Untuk Zenfone 2 Laser bersaiz 5.5-inci, pihak Asus Malaysia akan membawakan rekaan dengan warna emas dan juga Gun Metal Gray pada penghujung bulan ini.

Asus Zenfone 2 Laser 5.5-inci berharga RM799, sementara Asus Zenfone 2 Laser 5-inci pula berharga RM649 , dan Asus Zenfone 2 Laser 6-inci pula dijangka berharga bawah RM1000 dan akan dipasarkan pada bulan hadapan.

Asus Zenfone 2 Laser
Zenfone 2 Laser 5-inci Zenfone 2 Laser 5.5-inci Zenfone 2 Laser 6-inci
1280 x 720 1280 x 720 1080 x 1920
Snapdragon 410 MSM8916 Snapdragon 410 MSM8916 Snapdragon 615 MSM8939
3000mAh 3000mAh 3000mAh Pengecasan Pantas
Kamera Utama 13MP, Depan 5MP Kamera Utama 13MP, Depan 5MP Kamera Utama 13MP, Depan 5MP
RM 649 RM 799 bawah RM1000
Komen