Berkongsi mengenai beberapa peranti baru yang akan hadir ke pasaran Malaysia tahun ini, Asus Malaysia turut mengatakan mereka menyasarkan untuk membawa masuk Asus ZenWatch 2 ke pasaran Malaysia sekitar bulan Disember 2015 ini.
Walaubagaimanapun, mereka masih tidak mempunyai tarikh pasti untuk melancarkannya buat masa ini kerana masih perlu melalui proses pengesahan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.
Asus ZenWatch 2 akan hadir dalam dua variasi berbeza satu bersaiz 1.6-inci dan 1.45-inci, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 400, serta memori 512MB RAM. ZenWatch 2 ini dijana menggunakan Android Wear, membolehkan ia digunakan bersama-sama peranti Android ataupun iPhone.
Pihak Asus turut tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan harga penawarannya di Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=CH0kXPCeiZ8