Titan – Kabel Lightning Tahan Lasak Diperbuat Daripada Logam

Titan – Kabel Lightning Tahan Lasak Diperbuat Daripada Logam

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Peranti iPhone adalah peranti premium yang mempunyai rekaan yang baik. iPhones 6S secara rahsia mempunyai kemampuan kalis air kerana dilengkapi gasket getah di bahagian dalam peranti. Sungguhpun begitu umum diketahui kabel Lightning yang digunakan untuk mengecas iPad dan iPhone adalah sangat mudah rosak. Wayar berhampiran kepala Lightning terlalu mudah koyak sebelum terputus. Masalah ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman kepala 30-pin lagi. Adalah normal bagi pemilik produk Apple untuk membeli kabel baru kerana kabel yang disertakan di dalam kotak mudah rosak.

Titan-Lightning

 

Sekiranya anda bosan dengan masalah ini dan tidak mahukan kabel Lightning yang tahan lasak, kini wujud kabel Titan. Kabel Lighining ini diperbuat daripada besi gred industri. Penyambung USB dan Lightning pula disadur dengan bahan getah tahan hentakan. Ia boleh menahan cubaan dipotong dengan mesin gergaji berantai dan boleh menampung berat seorang lelaki dewasa tanpa terputus. Seutas kabel Titan dijual pada harga $35 (RM 145). Akhirnya sebuah kabel yang benar-benar premium untuk peranti premium akhirnya wujud di pasaran,


TIPS & ULASAN