Asus Zenfone Zoom Dijangka Hadir Pada Disember 2015 – Bersama-sama Zenfone Max Dan Zenfone 2 Deluxe SE

Asus Zenfone Zoom Dijangka Hadir Pada Disember 2015 – Bersama-sama Zenfone Max Dan Zenfone 2 Deluxe SE

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Asus Malaysia selain memperkenalkan Zenfone 2 Laser dalam dua lagi variasi baru, mereka turut mengumumkan yang mana mereka menyasarkan untuk membawa masuk tiga lagi peranti baru dibawah keluarga Zenfone sebelum penghujung tahun ini ke pasaran Malaysia.

Asus Malaysia

Tiga peranti baru yang dijangka dibawah masuk oleh mereka adalah Zenfone 2 Deluxe Special Edition, Zenfone Zoom dan juga Zenfone Max.

Asus Zenfone Q4

Asus Zenfone 2 Deluxe

Zenfone 2 Deluxe Special Edition memfokuskan kepada ruangan storan bersaiz besar, dimana hadir dengan storan 128GB. Untuk versi Special Edition ini, ia turut akan hadir dengan memori 4GB RAM bersama-sama dengannya.

ASUS ZenFone Max

Asus Zenfone Max pula memfokuskan kepada penawaran masa penggunaan bateri yang lama, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh, dan menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci.

Asus Zenfone Zoom

Asus Zenfone Zoom pula memfokuskan kepada penawaran kamera yang baik. Zenfone Zoom hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan turut menawarkan kamera belakang 13-megapixel. Salah satu penawaran menarik melaluinya adalah sokongan zoom secara optikal sehingga 3 kali menggunakannya. Zenfone Zoom juga turut dilengkapi dengan sokongan Laser Autofokus dan juga OIS.

Ketiga-tiga peranti dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan Disember 2015 ini.


TIPS & ULASAN