Telekom Malaysia Ingin Mengumumkan Sesuatu Berkaitan UniFi Pada Minggu Hadapan

Telekom Malaysia Ingin Mengumumkan Sesuatu Berkaitan UniFi Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Pada 16 Oktober hadapan, Apple akan memulakan jualan rasmi untuk iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus di Malaysia. Mencuri perhatian bersempena acara berkenaan adalah Telekom Malaysia, dimana mereka kini memperlihatkan ingin menawarkan sesuatu baru pada 15 Oktober kelak.

TM UniFi

Telekom Malaysia memberikan petanda ingin memperkenalkan pelan baru pada tarikh berkenaan – dan turut menggunakan penjenamaan UniFi pada gambar promosi mereka. Memandangkan penggunaan jenama UniFi, maka ia mungkin tidak berkaitan dengan TMgo yang telah sedia menawarkan kad-SIM untuk digunakan bersama-sama modem mudah-alih.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 15 Oktober hadapan untuk melihat apakah yang akan diumumkan oleh syarikat telekomunikasi utama Malaysia.


TIPS & ULASAN