Asus ZenPad 10 Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula Bulan Hadapan – RM1199

Asus ZenPad 10 Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula Bulan Hadapan – RM1199

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Asus Malaysia, bersama-sama pengenalan Asus ZenPhone 2 Laser yang baru, mereka turut sama mengumumkan akan mula menjual Asus ZenPad 10 (Z300CL) untuk pasaran Malaysia bermula daripada bulan hadapan.

Asus ZenPad 10 merupakan tablet bersaiz 10-inci, tanpa sokongan telefoni. Ia hadir dengan sokongan rangkaian LTE untuk data.

Asus ZenPad 10

Asus ZenPad 10

Pada skrin 10-inci, ia menawarkan resolusi 1280×800 pixel dengan penggunaan teknologi ASUS Tru2Life yang memaparkan gambar dengan terang dan jelas melaluinya.

Asus ZenPad 10 ini hadir dengan memori 2GB RAM serta ruangan storan 32GB. Pihak Asus turut menyertakan kamera hadapan 2-megapixel untuk Skype dan panggilan video, selain kamera belakan 5-megapixel dengan teknologi Pixel Master.

Asus ZenPad 10

Untuk penawaran audio yang baik, ia turut hadir dengan dwi-speaker hadapan yang mana menggunakan teknologi DTS-HD Premium Sound. Asus mengatakan ini pertama kali teknologi DTS-HD dibawakan kepada arena tablet.

Asus ZenPad 10 ini akan dijual pada harga RM1199, dan hadir dalam pilihan warna hitam, putih dan metalik.

Selain daripada Asus ZenPad 10, pihak Asus Malaysia turut mengambil kesempatan untuk berkongsi mengenai Asus ZenPad 8 yang berharga RM849 di Malaysia.

Asus ZenPad 8


TIPS & ULASAN