Sony SmartBand 2 Kini Telah Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM599

Sony SmartBand 2 Kini Telah Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM599

Diterbitkan pada Okt 9, 2015 oleh .

Sony Malaysia hari ini secara rasminya melalui laman Facebook mereka telah pun mengumumkan penjualan peranti terbaru mereka, Sony SmartBand 2. Ia merupakan kemaskini untuk keluarga gelang tangan pintar mereka sebelum ini, tetapi hadir dengan beberapa penambah-baikkan.

Sony Smartband 2

Seperti sebelum ini, pengguna boleh memantau beberapa aktiviti harian mereka, seperti langkah perjalanan – dan melalui SmartBand 2, pihak Sony turut menawarkan sokongan untuk memantau kadar denyutan jantung melalui sensor baru yang hadir bersama-sama dengannya.

Sony SmartBand 2 juga turut membolehkan anda melihat notifikasi semasa daripada telefon – terutamanya untuk SMS, emel dan panggilan notifikasi.

Sony SmartBand 2 ini boleh digunakan bersama-sama telefon pintar Android dan juga iPhone. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM599.


TIPS & ULASAN