Packt merupakan salah satu syarikat penerbitan popular yang menawarkan kandungan memfokuskan kepada pengaturcara, pembangun IT, pentadbir IT, dan juga pengguna. Pelbagai topik diliputi mereka dan kini mereka turut dilihat menawarkan promosi khusus – dimana satu ebuku percuma ditawarkan setiap hari oleh mereka.
Buku digital yang ditawarkan oleh pihak Packt adalah lebih kepada ilmu teknikal, dan melalui promosi ini, mereka menawarkan buku-buku dengan panduan asas. Ini sekaligus membolehkan anda memperluaskan ilmu teknikal anda dan menggunakannya dalam arena teknologi yang berkembang pesat hari ini.
Untuk memuat-turunnya, anda terlebih dahulu perlu mendaftarkan sebuah akaun percuma, dan anda boleh memilih untuk memuat-turun dalam beberapa format berbeza, termasuk PDF, ePUB, versi Kindle – selain turut hadir dengan fail-fail kod yang digunakan dalam pembelajaran.
Anda boleh mendapatkan koleksi buku – dimana tajuk berbeza ditawarkan setiap hari sepanjang tempoh promosi ini melalui Packt Publishing. Anda juga turut boleh melanggan kepada perkhidmatan Packt ini untuk terus memperluaskan ilmu teknikal anda dalam arena teknologi kini.
- Info
- Layari : Packt Publishing