Lagi Gambar HTC One A9 Dengan Rekaan Seumpama iPhone Tertiris
HTC

Lagi Gambar HTC One A9 Dengan Rekaan Seumpama iPhone Tertiris

Diterbitkan pada Okt 11, 2015 oleh .

HTC sebelum ini telah mengatakan bakal mengadakan acara khas pada bulan Oktober ini, dimana mereka ingin memperkenalkan peranti baru mereka. Info berkaitan peranti baru HTC telah tertiris sejak beberapa minggu lepas, dan kini beberapa gambar baru untuknya turut hadir tertiris ke arena web.

Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, HTC One A9 yang dijangka diumumkan ini telah pun diperlihatkan bakal membawakan rekaan seumpama iPhone, dan melalui gambar tertiris baru ini, ia memperlihatkannya daripada beberapa sudut berbeza.

HTC One A9

HTC One A9

Menurut @Onleaks yang berkongsi gambar ini, ia dikatakan hadir daripada unit tidak berfungsi (dummy-unit), tetapi memberikan gambaran berkaitan rekaan peranti akhir untuk telefon pintar baru HTC kelak.

Salah satu perubahan drastik yang dilihat adalah tiada lagi sokongan BoomSound pada bahagian hadapan, sebaliknya ia digantikan dengan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan.

HTC One A9

HTC dijangka akan mengumumkan telefon pintar baru mereka pada 20 Oktober kelak, dimana sebelum ini mereka telah mengatakan ia akan menjadi peranti terawal mereka yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow.


TIPS & ULASAN