Lebih Kurang 750 Laman Web Sektor Awam Akan Ditutup Menjelang Penghujung 2015

Lebih Kurang 750 Laman Web Sektor Awam Akan Ditutup Menjelang Penghujung 2015

Diterbitkan pada Okt 11, 2015 oleh .

Terdapat lebih kurang 1500 laman web sektor awam beroperasi pada hari ini, dan dalam usaha mengoptimasikan penggunaan sumber kerajaan, kini langkah awal diambil dengan menamatkan operasi untuk lebih kurang separuh daripadanya. Ia dikatakan lebih kurang 750 laman web sektor awam akan ditamatkan pada penghujung tahun ini.

Ia turut dikatakan, salah satu sebab mengapa langkah ini diambil adalah kerana sebahagian besar daripada laman web kerajaan berkenaan juga turut tidak diuruskan atau dikemaskini.

Langkah pengurangan ini turut dijangka akan membantu dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk menemui laman yang bersesuaian untuk sesuatu perkara, dan mendapatkan info terkini daripada kerajaan.

Pada laporan yang sama, ia dikatakan daripada kajian yang dilakukan, 1/3 daripada laman kerajaan menerima rating dibawah tiga bintang pada tahun lepas.


TIPS & ULASAN