Cari @ Amanz

Awal tahun ini heboh cerita penggemar dron menerbangkan pesawat mini mereka di dalam ruang udara terlarang Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Tindakan beliau menerbangkan dron begitu hampir dengan pesawat yang terbang dan mendarat mendapat reaksi negatif dari pihak berwajib kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan udara yang tragis. Di Amerika Syarikat pula sebuah dron ditemui di atas bumbung Rumah Putih yang membuatkan protokol keselamatan tempat tinggal Presiden Amerika Syarikat ini dirombak. Penggunaan dron yang semakin meluas tanpa kawalan mendatang masalah keselamatan yang baru. Ia kini dijangka akan digunakan sebagai platform membawa letupan oleh pengganas.

AUDS-1

Jadi tidak mengejutkan sistem anti dron mula muncul sepantas wujudnya dron kegunaan awam yang semakin berkuasa. Anti-UAV Defence System (AUDS) dicipta untuk menjatuhkan dron kegunaan awam yang memasuki ruang udara terlarang. Ia hanya menggunakan sistem isyarat radio yang mengakibatkan sistem dron keliru dan seterusnya hilang kawalan. Ia turut mampu mengambil alih kawalan dron dari pemilik dan membuatkannya terbang ke arah lain sehingga kehabisan bateri. Sistem AUDS mampu mengesan kehadiran dron di dalam lingkungan 8 kilometer. Ia dapat mengambil alih kawalan dron yang berada di dalam lingkungan 2 kilometer.

Sistem AUDS mensasarkan kegunaan oleh pihak yang tidak mahu ruang udara mereka diceroboh oleh dron kegunaan awam seperti majlis perkahwinan VVIP contohnya. Sistem ini sudah terbukti berfungsi dan dijual pada harga £800 000. Ia boleh dimuatkan ke dalam sebuah van dan beroperasi secara rahsia apabila diperlukan.

AUDS-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd