Facebook Mengaktifkan Fungsi Nearby Friends Untuk Pengguna Tempatan

Facebook Mengaktifkan Fungsi Nearby Friends Untuk Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Okt 12, 2015 oleh .

Facebook telah memperkenalkan fungsi Nearby Friends pada tahun lepas, tetapi ketika pengenalan, ia hanya terhad untuk pengguna di beberapa lokasi sahaja. Kini, sejak seminggu dua ini, Facebook dilihat telah mula mengaktifkan fungsi berkenaan untuk pengguna tempatan.

Facebook Nearby Friends

Melalui fungsi Nearby Friends ini, ia membolehkan anda mengetahui rakan-rakan Facebook anda yang berdekatan, sekaligus membolehkan anda menemui mereka. Melalui Nearby Friends ini, pengguna boleh mengetahui jarak antara rakan-rakan, disamping berhubung dengan mereka melalui Facebook Messenger.

Anda juga turut boleh mengawal privasi anda, dan mematikan fungsi ini dengan ke halaman Nearby Friends, ataupun turut memilih untuk berkongsi lokasi dengan seseorang rakan sehingga tempoh waktu yang dipilih.

Jika anda tidak menerima notifikasi daripada Facebook berkenaan dengan Nearby Friends ini, mungkin anda perlu mengemaskini aplikasi anda kepada versi terkini – sama ada di iPhone atau Android.


TIPS & ULASAN