7 Sebab Kenapa Anda Harus Miliki honor 7

7 Sebab Kenapa Anda Harus Miliki honor 7

Diterbitkan pada Okt 12, 2015 oleh .

Kini kurang dari tiga bulan berbaki sebelum tahun 2015 ini berakhir. Salah satu perkara yang menjadi tumpuan adalah lebih banyak pengeluar akan mengeluarkan peranti pada suku terakhir tahun ini. Salah satu perkara yang boleh dikatakan mengejutkan ramai adalah Huawei yang telah membawakan telefon honor 7 ke pasaran tempatan. Dibawah jenama honor, Huawei telah menghasilkan telefon pintar siri honor yang berkualiti dan berprestasi tinggi, pada harga yang mampu milik.

Sekiranya anda sedang didalam proses memilih telefon pintar anda untuk tahun akan datang, berikut merupakan 7 sebab kenapa anda harus miliki honor 7:

Sebab 1 -Sokongan Knuckle Sense

Honor 7

Jika kebiasaannya anda boleh melakukan sesuatu perkara meskipun pada keadaan telefon pintar anda berada dalam mod sedia dan skrin tidak beroperasi secara sentuhan, Knuckle Sense yang terdapat pada honor 7 dapat membezakan sentuhan jari dan juga ketukan buku jari. Sekiranya pengguna mengetuk buku jari pada skrin sewaktu honor 7 berada dalam mod sedia, pengguna dapat merakam gambar dan terus berkongsi gambar tersebut di rangkaian sosial.

Sebab 2 – Kamera 20MP + Kesan khas pada gambar yang cantik

Honor 7

Salah satu ciri yang menarik pada honor 7 adalah sensor pengimejannya yang besar. Dengan sensor sebesar 20 MP, ia semestinya membolehkan rakaman imej berkualiti tinggi dilakukan. Namun sensor yang besar sahaja tidak cukup, kerana gaya hidup digital masa kini yang membuatkan pengguna ingin berkongsi gambar-gambar yang diambil dan gambar tersebut mestilah menarik dan unik.

Honor 7 Kamera

Honor 7 Good Food

Selain dari kamera 20 MP honor 7 turut menyertakan mod rakaman gambar yang lain antaranya ‘Good Food’, ‘Tail Light Trails’ dan ‘Light Graffiti’. Tetapan ‘Good Food’ membolehkan pengguna honor 7 merakam gambar makanan pada kualiti yang lebih cantik, boleh disimpulkan sebagai ‘Beautification’ tetapi untuk makanan. Mungkin jika anda kerap berkongsi gambar makanan di laman perkongsian gambar, tetapan sebegini adalah satu perkara wajib untuk anda. Mod ‘Tail Light Trails’ membolehkan anda merakam gambar gerakan cahaya manakala mod ‘Light Graffiti’ membolehkan pengguna merakamkan gambar cahaya pada keadaan gelap.

Sebab 3 – EMUI 3.1 + Penjimatan kuasa + Pengecasan Pantas

Telefon honor 7 beroperasi menggunakan Android Lollipop dan dilengkapi paparan antaramuka EMUI terbaru iaitu 3.1. Menerusi paparan antaramuka ini, ia turut membawa pelbagai perubahan. Selain dari menjadikan paparan antaramuka lebih pantas dan responsif, terdapat fungsi penjimatan kuasa dan pengecasan pantas pada peranti ini.

Honor 7 Fungsi

Dari segi penjimatan kuasa, honor 7 mampu beroperasi sehingga 14 jam sekiranya pengguna memilih ‘Smart Power Plan’, dan jika disaat akhir kekurangan kuasa, pengguna boleh mengaktifkan ‘Ultra Power Plan’ yang menambah masa telefon beroperasi pada fungsi asas. Pengecasan peranti ini tidak mengambil masa yang lama kerana dengan pengecasan pantas pada honor 7, ia mampu mengecas 50% tenaga selama 30 minit. Pengecasan penuh peranti ini pula akan mengambil masa sekitar 1 jam 25 minit.

Sebab 4 : honor SmartKey

Honor 7

Salah satu perkara yang membezakan honor 7 dengan peranti berprestasi tinggi namun ditawarkan pada harga mampu milik adalah dengan wujudnya Smartkey. Smartkey merupakan butang fizikal disebelah kiri peranti, yang mampu melakukan perkara bergantung kepada tetapan pengguna. Perkara seperti mengaktifkan Google Now, melakukan proses pengecaman arahan suara, mengaktifkan lampu suluh dan pelbagai lagi.

Terdapat tiga tetapan yang boleh dilakukan dengan tiga jenis tekanan yang dikenakan keatas butang honor 7 Smartkey. Tetapan yang dimaksudkan adalah tekan sekali (Press), tekan dua kali berturut-turut (Double Press) dan tekan serta menahan untuk seketika (Press and Hold). Dengan reka letak butang tersebut, ia merupakan salah satu solusi ergonomik membolehkan pengguna honor 7 melakukan sesuatu perkara menerusinya.

Honor 7 SmartKey

Sebab 5 – honor Smart Infrared

Honor 7

Secara sedar atau tidak, di rumah terdapat pelbagai alat kawalan jauh yang digunakan untuk mengawal peranti elektrik dan elektronik di rumah. Salah satu kelebihan dengan Smart Infrared ini adalah fungsi tersebut membolehkan pengguna honor 7 mengawal peralatan di rumah seperti penghawa dingin dan juga televisyen. Ini sekaligus memudahkan dan mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap alat kawalan jauh yang pelbagai.

Sebab 6 – Pengimbas Cap Jari Yang Pantas

Honor 7

Pengimbas cap jari yang terdapat pada peranti ini mampu melakukan pelbagai perkara malah bagi memperkuasakannya ia menggunakan sensor pengimbas cap jari yang paling laju, lebih pantas dari sensor Apple TouchID. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Salah satunya ia membolehkan pengguna melakukan nyah-kunci dengan mudah. Selain dari Knuckle Sense, pengguna juga boleh menggunakan pengimbas cap jari untuk merakam gambar. Pengguna juga boleh menjawab panggilan telefon dan menghentikan penggera bunyi menggunakan pengimbas cap jari.

Dan jika anda merasakan perbuatan untuk menyeret jari dari atas skrin untuk melihat notifikasi merupakan satu perbuatan yang leceh, dengan pengimbas cap jari ini ia boleh mengesan arah gerakan pada pengimbas cap jari. Jika pengguna menyeret jari ke bawah pada ruang pengimbas cap jari, paparan notifikasi akan dipaparkan dan perkara sebegini semestinya memudahkan pengguna.

honor 7

Sebab 7 – Harga Yang Jauh Lebih Rendah Berbanding Pesaing Lain

Dalil terakhir ini boleh dikatakan dalil terpenting kerana selepas 6 dalil yang disertakan diatas, jika peranti tersebut dijual pada harga yang melebihi kemampuan pengguna ia sekaligus membatalkan keinginan pengguna. Huawei honor 7 dijual pada harga RM 1,399 menerusi laman rasmi jualan atas talian vMall. Malah mereka turut menawarkan gantian untuk skrin yang pecah dalam tempoh 6 bulan pertama. Telefon yang membawakan ciri-ciri premium ini dijual pada harga yang semestinya membolehkan sesiapa sahaja memilikinya.

Penafian : Advertorial daripada Honor Malaysia


TIPS & ULASAN