Carian
MasterCard Selfie Pay – Sistem Pengesahan Identiti Menerusi Selfie Menjelang 2017
October 12, 2015 Effi Saharudin

Rompakan identiti adalah masalah yang besar yang mengakibatkan kerugian mencecah berbillion ringgit setahun. Kad kredit yang dicuri dengan mudah melakukan pembelian tanpa mendapat persetujuan dari pemilik sebenar. Setakat ini tiada sistem biometrik yang dapat menghalang masalah seperti ini dari berlaku kepada diri anda. Sistem Apple Pay dan Samsung Pay cuba menyelesaikan masalah ini dengan hanya membenarkan pembelian selepas cap jari pembeli disahkan. Sungguhpun begitu majoriti peranti pintar di pasaran masih belum mempunyai pengimbas cap jari.

Selfie-Pay

MasterCard kini sedang membangunkan sistem biomterik Selfie Pay. Menerusi sistem ini identiti pemilik kad disahkan selepas mengambil foto selfie mereka. Ketika kad dihasilkan gambar wajah pemilik akan diambil. Setiap pembelian kemudian memerlukan mereka mengambil gambar wajah yang baru. Sistem Selfie Pay kemudian akan melakukan perbandingan gambar yang diambil dengan wajah yang disimpan di dalam pangkalan data mereka. Sistem ini akan dijangka mula digunakan di Amerika Syarikat tahun hadapan dan digunakan seluruh dunia pada tahun 2017.

Jadi di masa hadapan adalah baik sekiranya anda mengurangkan perkongsian gambar selfie secara terbuka. Gambar ini mungkin boleh digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan pembelian menggunakan kad kredit anda sekiranya ia berjaya dicuri.

Komen