Sony Xperia Z5 Akan Dilancarkan Di Malaysia 29 Oktober Ini

Sony Xperia Z5 Akan Dilancarkan Di Malaysia 29 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 12, 2015 oleh .

Tiga peranti keluarga Sony Xperia Z5  diperlihatkan di IFA bulan lalu. Kamera 23 Megapixel yang digunakan kini dinobatkan sebagai kamera yang terbaik pada peranti pintar. Sejak ianya diumumkan peminat peranti Xperia tempatan sudah menanti bilakah ianya akan dilancarkan di negara kita. Pihak Sony Malaysia hari ini mengesahkan peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia 29 Oktober hadapan. Tidak diketahui sama ada kesemua peranti di dalam keluarga Xperia Z5 akan dijual. Sumber dalaman hanya mengesahkan Z5 Compact setakat ini. Tetapi pada hari pelancaran Xperia Z5 Premium akan dapat dicuba oleh kesemua yang hadir

Xperia-Z5-Malaysia

Seiring dengan pelancaran ini, mereka yang berminat untuk menghadiri majlis pelancaran boleh mendaftar nama mereka menerusi pautan khas di bawah. Sebuah cabutan bertuah akan dilakukan dan anda berpeluang untuk memiliki sebuah Sony Xperia Z5. Kepada peminat Xperia silalah cuba nasib anda.

Daftar untuk menghadiri majlis pelancaran Sony Xperia Z5 Malaysia

 


TIPS & ULASAN