Acer Jade Primo – Telefon PC Daripada Acer Akan Turut Hadir Dengan Papan Kekunci, Tetikus Dan Dock

Acer Jade Primo – Telefon PC Daripada Acer Akan Turut Hadir Dengan Papan Kekunci, Tetikus Dan Dock

Diterbitkan pada Okt 12, 2015 oleh .

Acer pada bulan September yang lepas telah memperkenalkan Acer Jade Primo, iaitu telefon pintar Windows 10 pertama daripada mereka yang turut dilengkapi sokongan Continuum. Melaluinya, ia membolehkan pengguna turut menggunakan telefon pintar berkenaan sebagai komputer dengan menghubungkan ia kepada skrin monitor atau televisyen.

Acer Jade Primo

Acer Jade Primo hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci Super AMOLED, dan turut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 808. Ia turut dilengkapi kamera belakang 21-megapixel. Apa pun, menjadi fokus utama pada peranti berkenaan adalah sokongan Continuum pada telefon pintar berkenaan.

Menggunakan Continuum, pengguna perlu menghubungkan ia kepada dock khusus. Sebelum ini Microsoft turut telah melancarkan peranti seumpamanya, tetapi memerlukan pengguna mendapatkan dock secara berasingan.

Acer Jade Primo

Berkongsi mengenainya hari ini, Acer mengatakan Acer Jade Primo akan turut dipasarkan bersama-sama papan kekunci, tetikus dan juga dock untuk dihubungkan ke skrin. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan telefon berkenaan sebagai komputer dari hari pertama membelinya – tanpa perlu mendapatkan sebarang aksesori tambahan.

Secara bergurau juga, pihak Acer mengatakan tidak mustahil untuk mereka turut menawarkan skrin bersama-sama pakej telefon pintar Acer Jade Primo – yang mana mungkin tidak mustahil memandangkan mereka telah mempunyai pelbagai penawaran tersebut.


TIPS & ULASAN