Cari @ Amanz

Pada acara khusus yang diadakan di Taiwan hari ini, selain berkongsi mengenai beberapa produk mereka, Acer turut sama memperkenalkan komputer AIO baru mereka, Acer Aspire Z3.

Acer Aspire Z3

Membezakan ia dengan pelbagai AIO lain di pasaran adalah sokongan bateri terbina padanya, di mana ia membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai tablet mahupun membawa ia kemana-mana selama 5 jam. Acer membayangkan penggunaan di mana ia boleh digunakan sebagai komputer kerja di pejabat, dibawa sebagai tablet untuk kegunaan kanak-kanak dan tablet kerja mudah alih ketika dalam perjalanan ke pejabat.

Acer Aspire Z3

Sebuah kickstand khusus turut disediakan pada bahagian belakang untuk tujuan mendirikan ia, ataupun menggunakan ia secara mendatar – sebagai contoh ketika melakar atau berkongsi skrin dengan pengguna lain.

Dari segi spesifikasi, Acer Aspire Z3 ini membawakan skrin bersaiz 17.3-inci dengan resolusi HD penuh (1920×1080 pixel), dilengkapi cip dengan pilihan Intel Celeron atau Pentium, dan memori DDR3 sehingga 8GB RAM. Pilihan muatan dalaman pula ialah sehingga 256 Gigabyte menggunakan SSD ataupun 500 Gigabyte menggunakan HDD.

Acer Aspire Z ini akan ditawarkan di beberapa pasaran terpilih bermula daripada penghujung tahun ini pada harga bermula €599 (RM2818) sebuah. Seperti pelbagai produk Acer yang lain, ia turut dijana menggunakan sistem operasi Windows 10.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd