Ringgit.co – Aplikasi Pengurusan Kewangan Yang Ringkas Dan Mudah Digunakan

Ringgit.co – Aplikasi Pengurusan Kewangan Yang Ringkas Dan Mudah Digunakan

Diterbitkan pada Okt 12, 2015 oleh .

Di Malaysia, terdapat beberapa aplikasi pengurusan kewangan – termasuk daripada Bank Rakyat, dan juga Bank Negara. Selain daripadanya, kini salah seorang pembangun tempatan turut hadir dengan aplikasi memfokuskan kepada pengurusan kewangan peribadi, dinamakan sebagai Ringgit.co.

Ringgit.co Android

Menggunakan aplikasi ini, ia hadir dengan rekaan yang senang digunakan, dimana pengguna boleh mencatatkan duit masuk dan juga duit keluar, selain turut membolehkan pengguna menambah kategori perbelanjaan dan pendapatan.

Pengguna juga turut boleh mencatatkan belanjawan – dan memastikan keadaan kewangan anda berada dalam lingkungan apa yang dirancang supaya dapat membuat simpanan pada penghujung bulan.

Ringgit.co Android

Daripada percubaan kami, aplikasi ini membawakan rekaan yang mudah difahami – tetapi ia dilihat tidak dioptimasikan sepenuhnya, dan terdapat beberapa lengah masa apabila menggunakannya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma untuk telefon Android anda, dan menggunakannya dalam pengurusan kewangan anda.

Muat-Turun Ringgit.co untuk Android


TIPS & ULASAN