Dell Mengambil-Alih EMC Pada Nilai Transaksi Mencapai RM277 Bilion

Dell Mengambil-Alih EMC Pada Nilai Transaksi Mencapai RM277 Bilion

Diterbitkan pada Okt 12, 2015 oleh .

DellDell hari ini telah mengumumkan pengambil-alihan EMC Corporation pada suatu transaksi terbesar dalam arena teknologi. Dell membayar $33.15 untuk setiap saham sekaligus menjadikan nilai transaski pengambil-alihan EMC ini mencapai nilai sekitar $67 bilion (~RM277 bilion).

Gabungan antara Dell dan EMC ini akan sekaligus menjadikan mereka salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia – selain membawa kepakaran kedua-dua pihak dari arena pelayan, storan, virtualization dan PC. Ini juga turut mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena transformasi digital, hybrid cloud, converged infrastructure, sekuriti dan sebagainya.

Kedua-dua syarikat ini juga mengatakan VMware yang dimiliki majoriti oleh EMC akan kekal sebagai syarikat berasingan.

Penyatuan dua jenama ini sekaligus menjadikan mereka sebagai salah satu syarikat terbesar dalam arena perkomputeran perusahaan – yang mana merupakan salah satu industri yang mempunyai pendapatan yang tinggi.


TIPS & ULASAN