Cari @ Amanz

Boeing merupakan salah satu syarikat yang terkenal kerana rekaan kapal terbang mereka – dan menjadi salah satu fokus dalam syarikat mereka adalah untuk menghasilkan rekaan kapal terbang yang menggunakan minyak dengan efisyen dan mudah dikendalikan. Dalam usaha tersebut, kini Boeing memperlihatkan penemuan mereka dalam arena teknologi – iaitu sebuah logam yang sangat ringan.

Logam yang digunakan adalah microlattice, dimana ia membawakan rekaan bersilang dan dipenuhi udara diantaranya. Malah, pihak Boeing sendiri menekankan yang mana ia diliputi oleh 99.99% udara yang menjadikan ia adalah salah satu logam yang ringan di dunia.

Boeing mengatakan ia boleh menerima tekanan yang tinggi, menjadikan ia salah satu logam yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Melalui penggunaan logam ini, ia sekaligus membolehkan Boeing menjadikan rekaan kapal terbang mereka lebih ringan berbanding kebiasaan, sekaligus menjimatkan lagi penggunaan minyak dalam penerbangan.

Walaubagaimanapun, Boeing tidak menyatakan bilakah mereka ingin menggunakan logam microlattice ini pada rekaan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd