Telefon Pintar Berjenama Pepsi Bakal Dipasarkan Di China

Telefon Pintar Berjenama Pepsi Bakal Dipasarkan Di China

Diterbitkan pada Okt 13, 2015 oleh .

Pepsi merupakan salah satu minuman ringan yang popular di dunia. Dengan penjenamaan yang popular, mereka juga sering bereksperimen dengan pelbagai perkara – termasuk kini dilihat akan hadir dengan aksesori dan juga telefon pintar berjenaman Pepsi untuk pasaran China.

Pepsi P1

Walaubagaimanapun, pihak Pepsi tidak akan mengeluarkan sendiri telefon pintar berkenaan – tetapi lebih kepada melesenkan jenama mereka untuk digunakan pada telefon pintar.

Mengikut maklumat tertiris awal yang hadir ke arena internet sejak penghujung minggu lepas, telefon pintar yang dinamakan Pepsi P1 ini kelak dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek 1.7Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk tujuan rakaman gambar, ia dikatakan dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar Pepsi P1 ini dikatakan akan dipasarkan sekitar harga CNY 1299 (~RM857).

Pepsi P1

Pihak Pepsi tidak menamakan siapakah rakan kerjasama mereka yang akan mengeluarkan telefon pintar ini.


TIPS & ULASAN