Cari @ Amanz

Dell Malaysia hari ini telah melancarkan sejumlah produk baru mereka, dan seperti biasa, yang mencuri perhatian ramai adalah Dell XPS 15. Dell XPS 15 merupakan variasi komputer XPS dengan rekaan bezel nipis dan menyertakan skrin bersaiz 15-inci.

Dell XPS 15

Dell menamakan penggunaan bezel atau bingkai tepi bersaiz nipis ini sebagai Infinity Display, yang mana membolehkan mereka hadir dengan komputer riba bersaiz kecil berbanding pesaing lain di pasaran. Komputer riba ini juga menjalankan sistem operasi Windows 10 sepenuhnya.

Bercakap mengenai skrinnya, Dell menawarkan dua variasi komputer riba XPS 15, iaitu XPS 15 dengan paparan HD penuh dan juga Dell XPS 15 dengan paparan 4K serta skrin sentuh.

Dell XPS 15

Dell XPS 15 hadir menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6 dan hadir dalam pilihan Core i3, Core i5, dan juga Core i7. Dari segi memori pula, Dell menawarkan pilihan memori 8GB, 16GB dan 32GB, selain pilihan grafik sama ada Intel HD atau NVIDIA GeForce GTX 960M.

Komputer riba ini turut hadir dengan sokongan Thunderbolt 3 untuk pengecasan atau pemindahan fail. Bercakap mengenai penggunaan bateri, Dell mengatakan XPS 15 Core-i7 dengan 4K menawarkan masa pelayaran web sehingga 10 jam lamanya, sementara Core-i7 dengan FHD menawarkan masa penggunaan sehingga 17 jam lamanya.

Dell XPS 15 akan dipasarkan di Malaysia bermula pertengahan Oktober ini pada harga bermula RM6699.

Dell XPS 13

Disamping XPS 15, pihak Dell juga turut mengemaskini komputer riba Dell XPS 13 dengan cip pemprosesan terkini dan dipasarkan pada harga bermula RM4999.

  • Info
  • Dikemaskini : Dell mengatakan model asas bermula harga RM6699, sementara model berspesifikasi tinggi pula berharga RM8499.
  • Info
  • Dikemaskini : Dell XPS 15 yang akan mula dipasarkan adalah model Core i7 dengan skrin 4K pada harga RM8499 bermula pertengahan Oktober ini. Model menggunakan Core i5 bermula harga RM6699 akan hadir kelak ke pasaran tempatan..
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd