LINE Memperkukuhkan Lagi Sekuriti Permesejan Dengan Integrasi Penyulitan Dinamakan Letter Sealing

Diterbitkan pada Okt 13, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LINE, salah satu aplikasi permesejan popular di Asia, hari ini telah mengumumkan penambah-baikkan sekuriti pada aplikasi mereka dengan mengaktifkan sokongan penyulitan dua hala dinamakan sebagai Letter Sealing.

Dengan sokongan penyulitan ini, ia membolehkan hanya anda dan penerima mesej sahaja yang dapat membacanya – dan tiada sebarang pihak ketiga dalam membaca mesej berkenaan tanpa anda sedari.

LINE Letter Sealing

Sistem penyulitan Letter Sealing ini hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Android sahaja buat masa ini, dan pengguna perlu mengemaskini kepada versi terbaru untuk menikmatinya.

Buat masa ini, ia ditawarkan untuk penggunaan permesejan dua hala dan juga perkongsian lokasi. Namun, pihak LINE mengatakan ia akan diperluaskan kepada pelbagai fungsi lain dalam masa terdekat.

Selain LINE, terdapat beberapa pihak lain yang turut menawarkan sokongan penyulitan pada perkhidmatan permesejan mereka, termasuk salah satu yang popular adalah Telegram Messenger.

Muat-Turun LINE untuk Android
Muat-Turun LINE untuk iPhone

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami