Xiaomi Menjadualkan Untuk Mengumumkan Produk Baru Pada Hari Isnin Akan Datang – 19 Oktober

Xiaomi Menjadualkan Untuk Mengumumkan Produk Baru Pada Hari Isnin Akan Datang – 19 Oktober

Diterbitkan pada Okt 13, 2015 oleh .

Xiaomi 19 OktoberXiaomi kini melalui laman sosial telah mula mempromosikan untuk sebuah acara yang dijadualkan pada hari Isnin hadapan, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan produk baru mereka pada hari tersebut. Produk yang akan diumumkan masih kekal misteri, tetapi terdapat beberapa spekulasi mengatakan ia berkemungkinan adalah Xiaomi Mi5.

Xiaomi pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka, termasuk daripada pelbagai kategori berbeza – disamping membuat pelaburan pada beberapa syarikat teknologi yang lain.

Apakah yang akan diumumkan oleh Xiaomi masih menjadi tanda tanya. Xiaomi sebelum ini kebiasaannya akan hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar baru mereka, selain ketirisan gambar juga tidak begitu banyak seperti sebelumnya.

Apa pun, seperti biasa, kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Xiaomi pada hari Isnin ini kelak.


TIPS & ULASAN