Microsoft Menguji Dialer Untuk Android – Versi Skype Lebih Ringan

Microsoft Menguji Dialer Untuk Android – Versi Skype Lebih Ringan

Diterbitkan pada Okt 13, 2015 oleh .

Dengan lebih banyak syarikat perkomputeran yang memfokuskan kepada penawaran negara-negara membangun, mereka juga turut mengoptimasikan aplikasi mereka menjadi lebih ringan dan serasi dengan peranti Android berspesifikasi rendah – yang mana majoriti digunakan di negara-negara membangun.

Sebelum ini, kita telah melihat Facebook dan LINE masing-masing hadir dengan aplikasi versi lite mereka, dan kini Microsoft dilihat turut sedang menguji aplikasi Skype versi lite dinamakan Dialer. Ujian ini dilakukan dikalangan pengguna terpilih di India.

Skype Lite ini dilihat memfokuskan kepada kawasan dengan sambungan internet perlahan. Dengan fokus berkenaan, sokongan panggilan video masa-nyata tidak akan disertakan – sebaliknya pengguna mungkin diberikan pilihan untuk menghantar mesej video secara berasingan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan melancarkan aplikasi “Skype Lite” ini secara rasminya – dan kini lebih kepada fasa ujian sahaja.


TIPS & ULASAN