Google Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada pengguna tempatan, dimana jika anda menggunakan Google Maps untuk navigasi, ia kini turut memberikan panduan navigasi berasaskan lorong untuk kebanyakkan jalan-jalan awam di Malaysia.
Dengan penyertaan panduan untuk lorong ini, ia memudahkan lagi ketika anda menggunakan Google Maps ketika navigasi, dan tidak terlepas sebarang lorong atau laluan ketika memandu – seperti sebelumnya. Anda juga tidak perlu risau untuk melakukan perubahan laluan atau lorong secara serta-merta atau mengejut dan membahayakan pihak lain.
Sokongan baru ini boleh digunakan oleh pengguna tempatan melalui aplikasi Google Maps di Android dan juga iPhone.