Cari @ Amanz

Syarikat di Jepun sering hadir dengan pelbagai idea kreatif di luar jangkaan. Kini, salah satu syarikat yang dinamakan sebagai Triple W hadir dengan ciptaan mereka yang dinamakan sebagai Dfree.

Dfree merupakan salah satu peranti yang boleh dilengkapkan pada seluar dalam, membolehkan ia memantau pergerakkan usus dan memberitahu bila anda perlu ke tandas bagi membuang air kecil atau air besar.

Dfree

Melalui peranti ini, ia menggunakan gelombang ultrasonik untuk memantau organ dalaman dan menghantar data ke telefon pintar. Ini sekaligus membolehkan ia membuat ramalan untuk masa perkumuhan.

Buat masa ini, Dfree masih lagi sedang melalui fasa pembangunan akhir, dan dijangka akan dipasarkan pada tahun hadapan.

Peranti ini dikatakan disasarkan kepada golongan tua, dan pada masa yang sama turut boleh digunakan untuk bayi dalam membuat ramalan bila mereka akan membuang air besar atau kecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd